Salam,
Kali ni aku nak cerita pasal life dekat NZ. Basically aku nak kongsi bab makanan, pakaian and food. Ha benda-benda macam tula. Yang ada kaitan dengan life.
Dekat NZ ni cuaca dia berlainan sikit. Dekat Welly to be exact, memang ada 4 musim tapi salji tak turun. Kalau nak main salji kenalah pergi ke tempat lain contohnya Queenstown. Wellington ni memang berangin tak beragak. Elok sangatlah dengan famous namenye which is Windy Welly. Ada one time tu dia punya angin terbangkan kerusi dekat bus stop, flight nak landing pulak sway kiri kanan. Memang terbaik la angin dia. Temperature dekat Welly ni paling panas aku pernah rasa adalah dalam 18 degrees time summer and lowest aku pernah rasa 9 degrees rasanya. Kalau kat Queenstown haritu ada la 2 degrees and bila malam jadi negative. Mungkin sebab tu salji turun dekat sana kot.
Memandangkan cuaca and temperature dia berbeza berbanding Malaysia, so cara nak adapt pun berbeza. Dekat Welly ni time summer jela boleh pakai baju selapis and sandal. Time lain aku pakai at least 2 layers and kasut bertutup siap dengan socks. Hari tu time balik Malaysia time summer, aku pakai la inner yang aku selalu pakai dekat Welly, humang aihhh...panas bebenor. Baru panas dunia tu.huhu. Memang tak sesuai kalau nak dress up macam dekat Welly ni kalau dah ada dekat Malaysia. Lagi satu, dekat sini memang orang terpaksa pakai hoodie sebab cuaca unpredictable. Sebelum keluar rumah mungkin nampak matahari senyum ria tapi elok berapa minit boleh hujan lah sejuk lah. Macam-macam. Lecturer aku cakap "Wellington has no personality". Dia marahkan cuaca, sat cerah sat gelap. Psycho jugak kan lecturer aku tu. Benda macam tu pun nak marah. Kena petir baru tau.hihi.
Orang dekat sini cara makan pun berbeza. Dorang selalu consume alcohol and makan meat sebab nak panaskan badan. Merokok pun sama. Tak kira la ko tu laki ke perempuan. Tua ke muda. Sama je. Makan la segala meat macam pork, beef, lamb and banyak lagi. Lepas tu, dah macam jadi culture dorang pulak bawak coffee ke mana saja dorang pergi. Cafe memang banyak dekat sini. Aku dekat sini takdelah hisap rokok, makan pork ke apa. Cara aku makan still cara orang melayu. Makan nasi with satu lauk and satu dish sayur. Kadang-kadang malas masak, aku makan spagetti je sebab senang nak masak macam tu. Kiranya dalam seminggu tu adalah dalam dua hari tak makan nasik. See perut melayu jugak tau.hehe. Kalau nak badan panas, masak la dish yang ada guna halia. Lepas tu buat la air teh ke apa yang panas. Tu jela. Still survive. Alhamdulillah.
Aku rasa, dorang banyak makan meat, consume alcohol apa semua tu sebab dorang tak makan pedas langsung. Habis pedas dorang tu ala-ala kari ayam melayu kita je. Habis pedas la tu. Adoi. Dorang dekat sini prefer masin and manis. Ada satu keropok dekat sini perisa salt and vinegar. Sumpah masin weh. Aku memang tak boleh makan keropok tu. Curry dorang pun kebanyakannya manis. One of it nama dia butter chicken. Aku suka curry ni sebab sedap and lain dari yang lain la taste dia. Kawan aku ada ambik subject ASIA and dia cakap butter chicken ni memang resepi NZ. Memang orang NZ yang invent.
Alright. Tu aje nak share kali ni. Hopefully nanti 30 tahun akan datang, bila baca semua ni, aku ingatlah suasana dekat Welly ni macam mana. Amin.
No comments:
Post a Comment