Salam,
Dah lama beno rasanya tak menulis. Almaklumlah busy. Kalau tak busy pun buat-buat busy jugak. Rasa malas nak update sebenonye.hehe. Ape kehe cakap bahasa Perak pulak ni?Saja mengada.hehe. Back to the topic. Mesti pelik kan kenapa ada nombor satu dalam title tu...Sebenarnya aku pikir nak buat sambungan cerita alkisah si anak perantau ni.
Ok mukadimah dulu. Macam mana tercetusnya idea nak buat cerita series si anak perantau ni. Baru-baru ni aku and darlings buat roadtrip ke South Island. Time drive tu, ada la aku mengelamun kejap sebab tak tau nak buat apa selain drive. Ate, passenger and co-pilot layan lentok. Teman takde kawan nak buat bersembang. Kesudahnye teman mengelamun. Ok aksi drive sambil mengelamun adalah merbahaya. Sila jangan tiru. So, time tulah aku reflect balik life aku as anak perantau dekat New Zealand ni. Aku pun decide nak tulis life aku as anak perantau in my own virtual space ni sebab bagi aku blog is my virtual diary. Serious weh. Bila baca older posts rasa seronok sebab it reminds me some of the memories. Ada yang aku dah lupa but nasib ada blog.hehe. There you go. Elaboration on the series of si anak perantau.
In this very first episode, aku nak cerita pasal kerja part time. Seumur hidup aku, tak pernah aku kerja apa-apa yang bergaji. Pernah la pergi interview kerja cashier. Dapat tau kerja tu but my mom tak kasik kerja. Langsung tak kasik ok. Suruh duduk rumah teman dia. Adoi nye lah pun. So dekat NZ ni aku bantai kerja macam-macam weh and guess what, mak aku tak marah pulak. Siap suruh kumpul duit. Senang masa depan katanye.haha.
First job aku was waiting staff a.k.a waitress / cashier. Aku kerja dekat kedai makan. Dia serve indian food. Halal. Mula-mula kerja memang penat sangat. Almaklumlah tak biasa. Greet customers la, ambik order la, jadi cashier la and also ambik phone order. Haa lagi satu pack and serve food pun aku jugak..Pendek kata semua aku la tapi kedai kecik so ok aje. Gaji tak seberapa tapi ok lah for a start. Aku kerja situ weekends je. Memang tak interrupt study langsung but kejap je sebab lepas tu aku berhenti / diberhentikan. Either one sebab decision aku untuk berhenti and dia fired aku tu at the same time. So tak tau lah yang mana satu. Be it. Tak heran pun. Cewah.
My second job is housekeeper motel. Still is ye. Seronok kerja ni sebab aku memang suka kemas-kemas ni. Lagipun motel tu kecik je. Tak penat langsung. Sekali dapat cuci dalam 3 4 bilik je tu pun mesti ada yang service. Btw, service lagi senang compare to cleaning. Bosses dia pulak baik sangat and sempoi. If aku rasa tak nak kerja, aku boleh pass job aku dekat kawan yang lain. Ramai kawan-kawan aku kerja situ. So, senang je nak pass kerja ni but so far tak pernah lagi la pass-pass ni sebab aku kerja dua hari je pun seminggu. Ala-ala casual tapi permenant. Mintak cuti sebulan pernah la. Haha. Lama gila kan mintak cuti sebulan. Haha.
My third jod is computer cleaner. Yang ni pun casual. Dalam sebulan tu kerja sekali je. Kadang-kadang dua bulan sekali. Aku suka kerja ni jugak sebab kena bersihkan. Aku suka tengok benda bersih and kemas. Rasa macam kena tukar profession la pulak. Hihi. Boss yang ni pun baik jugak. Suka buat lawak. Memang enjoy kerja dengan dia. Setiap kali pergi kerja je, dia mesti kasik coke dekat employees dia. Energy drink katenye. Haha.
So far, tu ajelah part time jobs aku. Semua pun kerja ringan-ringan je sebab tak nak la interrupt study. Main aim datang NZ kan untuk study. Sebelum ni, tak pernah terfikir pun nak kerja. Sekarang bukan main lagi ligat kerja. Rezeki murah. Alhamdulillah. Biarlah tak dapat banyak mana pun janji ada. Bersyukur sangat-sangat sebab dapat merasa semua peluang ni. Ok lah. Dah panjang sangat dah entry ni. Sambung nanti diari si anak perantau 2 pulak ye. ;)
1 comment:
promot aku sikit kat bos kau. lame dah x keje rasenye nih
Post a Comment