Salam,
Emo nya title. Dahla baru lepas cerita Mr.F accident. Now nak cerita pasal kereta pulak. Bukan apa, aku memang tak suka lah orang dok gebang pasal kereta dia hebat la bla bla bla...ok fine.Kereta kau mahal and ORIGINAL, tapi tak perlu lah nak perlekeh orang lain. Kau mampu pakai kereta mahal, Alhamdulillah lah. Jangan lah nak kutuk orang yang hanya mampu beli model seakan-akan kereta mahal kau tu.
By the way, so-called kereta ciplak tu pun mahal harganya and buying a car is never easy. Tak kesah lah kereta brand mahal or murah. Car is a car. Never been cheap like buying an ice-cream. Ala dekat New Zealand ni banyak je kereta yang brand lain tapi sama design macam Myvi, Kelisa etc. Siapa cedok siapa aku tak tau tapi benda cedok image kereta ni dah normal la weh. Kau tu yang gelabah sangat bila kereta mahal kau tu ada syarikat lain cedok idea.
Kalau dah kaya sangat, tak suka pakai kereta yang design dia diduplicate, belilah kereta lain. If not, shut up jelah. Jangan riak dengan apa yang kau ada. Sekelip mata je Tuhan boleh tarik balik. Keduniaan je semua tu. Aku tau tak elok nak cakap benda negatif macam ni tapi aku dah tak tahan lah tengok perangai orang yang baru nak merasa "UP" pakai kereta mahal. Duk mengutuk orang lain sakan sangat. Sampai printscreen sana sini nak tunjuk kebodohan orang lain kononnya.
Sepatutnya lagi mahal kereta kau, lagi merendah diri. Tak perlu nak menjatuhkan orang lain untuk tunjuk betapa hebatnya kau sampai mampu pakai kereta mahal macam tu. Orang tau dah kau tu mesti income banyak sampai boleh pakai kereta mahal macam tu. Ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi. Tapi one thing for sure. Bukan semua orang yang pakai kereta mahal tu berotak. Sometimes kurang berotak pun ada. Contohnya, kes dok perlekeh orang lain ni la.
Apa-apa pun, this is a reminder. For all of us. Be considerate. Gunalah otak tu. Janganlah sia-sia kurniaan Tuhan tu. By the way, benda yang aku luahkan ni depends jugak. I am not saying orang kereta mahal je perangai tak elok. This is only one out of millions more cases. Saja nak bring up this issue sebab maybe ada antara kita yang tak perasan sebenarnya dia pun tergolong dalam golongan orang macam tu. Wallahualam.
3 comments:
ok. post same. tp publish esok. hahaha setujuuuuuu sgt2
hahaha.nak post harini pun tak pe.aku tungguuuuuu.hahaha.
pasai ape ni hehe
Post a Comment