Tuesday, May 24, 2011

angan-anganku tak sudah

Salam,

Pergh title aje dah sampah. Haha. Tak tahu la kenapa lately suka pulak tulis guna Bahasa Melayu. Padahal salah satu faktor aku ada blog sebab nak asah skill BI. Angan-angan tak sudah sungguh.Haha.Ok gelak dekat diri sendiri pulak. Pathetic.

Well, tudia dan dan speaking london pulak..kehkeh, aku ada beberapa impian nak ditunaikan bila balik Malaysia nanti. Biasalah sebelum tidur mesti berangan dulu kan. Nak bagi senang tidur. Standard orang melayu kot sebab kalau orang putih nak senang tidur, dia kira sheep...mbeeekkk! Tak koser aku nak kira sheep.haha. Ok back to the perimeter, aku ada la beberapa benda yang kalau boleh nak bagi capai jugak, nanti bila dah balik Malaysia.

First sekali, nak pakai bracess. Memang nak pakai sangat. Nak betul kan bearing gigi. Sekarang ni gigi ala-ala berbaris suka hati. Tak paras. Haritu balik time summer nak pakai dah, sekali tak cukup duit pulak. Lagipun payah sebab every month ada appointment dengan dentist. Kopak la den kalau buat treatment dekat NZ ni. Dentist kat sini mahal gila. Fuh!

Second thing, nak beli kereta. Haa yang ni yang payah sikit ni sebab ongkos nye tak cukup lagi. Setakat nak buat duit muka boleh lah. Monthly punya payment tu yang tak tau nak buat macam mana. Nanti bila dah masuk maktab, jangan harap lah elaun tu mampu nak buat bayar duit bulanan kereta. Makan pasir la aku kalau macam tu. So, maybe this dream will come true a bit late. Takpe. Bersabar jelah kan sebab Tuhan tu Maha pemurah. Insyaallah ada jugak satu hari nanti.

Third thing, nak pergi vacation dengan family ke Kuching. Haritu mak dah cakap nak pergi tapi cancel sebab aku tak balik lagi. Kesian aku kena tinggal katanya. Tu yang cancel tu. Harap-harap la jadi. Hehe. Kalau tak p Kuching pun tak pe. Setakat p area Lumut ke ape pun takpe. Janji family vacation. Nak tu je.

Fourth thing, nak masuk kelas belajar main piano. Yeay! Dulu time darjah berapa ntah, arwah abah dah nak hantar tapi ada problem. Kewangan la, tak ada masa la apela. Macam-macam ada. Tapi angan-angan yang ni macam mungkin maintain angan-angan je sebab nak masuk kelas kenalah ada masa. Nanti dekat Malaysia aku cuti Disember aje. January dah masuk maktab. Macam mana nak masuk kelas piano. Kalau nak jugak kena la masuk kelas piano kt SP. Boleh p kelas piano tu malam. Haa yang ni agak mushkil sikit.

So far sebelum tidur dok angan-angan yang ni lah. Angan-anganku tak sudah. Cewah. Tengok lah nanti macam mana. Aku akan kasik update kalau any of the dreams come true. Kalau boleh tak mau lah angan-anganku tak sudah. Biar bagi sudah. Amin. Hah mike paham ke?

1 comment:

adey manis said...

ate? mesti le teman paham! muahaha